Wednesday, May 5, 2010

CINTA JARAK JAUH - KEKAL KE???

Tak tahu la macamne perasaan sedang asyik bercinta. Belum pernah lagi merasainya. Tp, lihat kawan2 len yg b'cinta mcm best je. Mcm dunia ni dia yg punya. Asyik b'cerite ttg kehebatan pasangan masing2. Dia hensem la, dia bagi bunga la, dia belanja makan la, ishhh...3x. Lihat membe yg b'cinta ni, senyum sampai ke telinga. huhuhuhuuu.............

Emmm...x kurang hebatnye yg frust menonggeng.. Mula lah ckp "kenapa dia buat begitu dan begini kat aku, kenapa dia x jujur, dan lain2 lg. Tau2 mula la menangis sorang2. aduiishhhh......takutnye.. Itulah risiko b'cinta. Pe2 hal kena lah rasa semua.

Skang ni nak b'cerite ttg cinta jarak jauh. Sedang asyik b'cinta tiba2 da kena b'pisah kena bawa haluan masing2 - pi sambung praktikal b'lainan, dapat tempat keje yg jauh, tmpt tinggal rumah yg jauh mcm2 lg. Org banyak m'p'katakan kekal ke tuuu??????? sure just 40% je... keciannyeeee... Tp kalo dah jodoh, x lari ke mana. Huuhhhuuuuuu

Saya ada baca artikel dalam ceritaduniaku.ning.com mengenai bagaimana nak kekalkan cinta jarak jauh. Mmg mudah nak cakap tp sukar nak buat coz melibatkan kejujuran dan keikhlasan. Antara rahsia mengekalkan ialah:

1) Sifat jujur dan ikhlas terhadap pasangan
- Ini mungkin nampak senang. Tapi jujurkah anda sekiranya anda keluar bersama teman-teman berlainan jantina (mungkin kemana-mana sahaja) tapi dalam masa yang sama anda memberitahu pasangan “Saya keluar bermain futsal dengan housemates saya”. Mungkin tujuan anda untuk mengelakkan salah faham antara pasangan, jadi di sinilah pula perlunya sifat ikhlas itu. Tunjukkan anda ikhlas terhadap sesebuah perhubungan itu dengan bersikap jujur terhadap pasangan.

2) Jauhi cemburu buta terhadap pasangan
- Saya akui setiap insan yang lahir dibekalkan dengan perasaan yang pelbagai, dan salah satunya perasaan cemburu. Tidak salah untuk cemburu (saya sangat yakin dengan kenyataan ini!) namun sejauh mana atau sedalam mana cemburu itu, kita perlu nilai kembali. Kalaulah cemburu anda itu bertempat, boleh membuahkan bunga cinta yang makin mendalam, tiada salahnya. Malah saya mengesyorkan ianya diteruskan. Tapi janganlah cemburu sampai membuatkan pasangan anda berasa terkongkong dengan sikap anda itu. (Bersederhana itu kan lebih baik…)

3) Bertanya khabar dan berkongsi cerita
- Amalkan sikap saling bertanya-khabar di antara pasangan. seperti mana kita bertanya-khabar dengan orang tua kita, lakukan perkara yang sama terhadap pasangan. Selain itu jangan lupa berkongsi cerita dengan mereka. Tidak kisah la apa cerita atau berita sekalipun, kadang-kala cerita kita itu mampu membuatkan mereka tersenyum.

4) Selalu ungkapkan perasaan sayang/cinta terhadap pasangan
– Ada orang mengatakan perasaan sayang itu tidak perlu diluahkan, kerana boleh dilihat dari tingkah-laku pasangan. Maka kalau berjauhan pula, bagaimana mahu ditunjukkan? Oleh itu, ucapan I Love You, I Miss You, akan sentiasa menjadi ucapan keramat yang dinantikan oleh pasangan yang tinggal berjauhan. Percayalah, ucapan yang mesra seperti itu (atau apa2 ucapan yang anda suka) membuatkan hubungan antara pasangan lebih\bermakna dan diri akan sentiasa rasa dihargai.

Kata orang, kalau masih sayang, semua terpahat di hati. Kalau sayang itu suda lari, maka hanya air mata menemani diri. Maka jangan sekali-kali membiarkan perasaan sayang dan cinta itu berlalu pergi. Saya mendoakan agar kita semua akan sentiasa berbahagia bersama pasangan masing-masing. Jauh atau dekat bukan penghalang bagi memperoleh kebahagiaan yang hakiki. Semoga perhubungan yang suci itu akan sentiasa diredhai dan dipayungi rahmat Ilahi. Ameenn…

One of the best moment in life is when you find a shoulder to cry and a pair of ears to listen!

p/s: Kepada penulis asal artikel ni, terima kasih banyak.. Kepada kawan-kawan pembaca, sudi-sudilah berkongsi pendapat, pengalaman. Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih..

No comments:

Post a Comment