Thursday, November 19, 2009

Storyboard Subjek Multimedia

Hari 2 ade r kawan2 kos multimedia mintak tolong watkan assignment diowg pasal nak wat storyboard animasi. So, aku on jek coz aku suka bab melukis kartun nihhhh xkira apa pon..... huhuhuuuu...... Tapi ada sedikit terganggu dlm menyiapkan assignment sendiri ni tapi minat punya pasal, asignmnt sendiri ngan asignment diowgnye (storyboard) akhirnya siap serta merta.... Tempoh nak kena siap just 2 hari jek... Kelam kabut aku nak siapkan.... Hasil lukisan pon ntah pe2 tp keje aku janji beres.. hohhohoohhoo "habis bengkak mata eden sengkang mata malam2" ......

Tema storyboard t
u One Malaysia... Wataknya kena masukkan 3 bangsa yg b'lainan. (Melayu,Cina & India)Pening gak nak fikirkan tp last ok jekkk... Pas habis melukis, tugas diowg plak yg mewarnakan. X silap aku mewarna guna adobe photoshop. Ini adalah story board mengikut jalan ceritanyeee...

1) Pada satu hari 2, Syafiq, Ganesan & Chong Wei duduk b'discussion ttg assignment disamping m'bincangkan ape aktiviti yg perlu di joint pada waktu cuti mid sem memandangkan ia semakin hampir.Pas habis discussion, diowg b'3 ni pi ke lab komputer c
oz nak cari bahan asignmnent tambahan. Disamping tu, diowg ni x habis lagi merancang aktiviti yg best time cuti mid sem nanti.. Ganesan t'pandang kat papan kenyataan ade maklumat ttg aktiviti yg di wat pd cuti sem anjuran Kelab Rakan Muda ttp utk ahli kelab jek.. kalo nak join kena jadi member kelab le. huhuuuuuu..... cian diowggg...


2) Tanpa lengah masa, diowg terus m'daftar sebagai ahli
Kelab Rakan Muda. So, dengan register ahli, boleh r diowg b'peluang join aktiviti m'daki Gunung Kinabalu, Sabah waktu
cuti sem ni.... Eiiii...seronoknyeeee.....
3) (Perhatian, aku t'paksa menukar nama yg asalnya laman enjin carian Google kpd Googlei utk m'elakkan salah guna nama dagangan "Copyright")






6)Selang beberapa hari, diowg b'3 dijemput m'hadiri meeting pasal program Rakan Muda m'daki gunung kinabalu.

7) Pada cuti mid sem, seperti yg dirancang mrk pergi ke program t'sbt dgn happy nya... Sebelum program dimulakan, ah
li2 kelab baru m'p'kenalkan diri kpd ahli2 kelab senior. Emm...sbg tanda p'kenalan... huhuhuuuuu. Pas habis sesi p'kenalan ngan senior, setiap org akn divide beberapa group, Diowg b'3 satu group yg sama. Setiap ketua group m'ambil walkie-talkie..

















8&9) Walau pelbagai rintangan dihadapi, tp b'jaya gak sampai ke puncak Gunung Kinabalu..... Macam x p'caya... huhuuhuuu..
10&11) Pas tu, semua ahli Rakan Muda pasang khemah & b'siap dgn memasak, m'basuh, mandi & sbgnya. Sampai makan tghari, semua nya menikmati. Disini mereka dapat m'eratkan lagi p'sefahaman & b'kenalan ngan kawan2 lain.




















(12&13) Malam nya ada aktiviti kebudayaan b'temakan One Malaysia... Semua group kena wat show.. huhuuu
Syafiq (yg pakai bju pink) plak menyampaikan sajak.Sungguh emo...("ape r diowg ni kaler kan baju mamat ni warna pink, xsesuai leeee")

(14&15) Esok plak b'siap packing barang. Program dah habissssss..... Sekejap je habis.. Kalo wat 3 hari 2 malam kat Gunung Kinabalu ni, pengsan r aku nak melukis nya... hikkhikkkkk...

Selepas habis program,
diowg b'3 ni dapat banyak kenalan add diowg nye Frendzter. Kebanyakannya dari membe2 Rakan Muda. Semakin ramai kenalan r... Slps ni diowg2 ni x r boring lg coz mmg kelab Rakan MUda ni wat aktiviti2 yg best2 & b'manfaat.
Di suatu hari yg lain, diowg pergi b'siar2 atas bangunan tgk pemandangan. & mereka t'lihat logo besar One Malaysia kat sesuatu bangunan. So, diowg pon b'bangga kerana adanya One Malaysia, semua bangsa m'jadi satu keluarga..t'masuklah Syafiq, Chong Wei & Ganesan......
HABISSSSS!!!!!!!!

Gitu le citenyeeeee.... Hooooooo.....

Collection Arts :-)

sambungan pic yang lepas.......


Tuesday, November 17, 2009






ehemmmm.... lukisan ni sambungan dari post yg sebelumnya.............................





Semua lukisan ni dibuat waktu aku mengambil subjek ko.k. Tapi skang da tahun akhir ni ko.k xde dah.... emmm...best gak terkenangkan segala peristiwa di dalam kelas lukisan ko.k...

Dalam m'hasilkan lukisan yg x seberapa ni, banyak suka duka nya. Lecture banyak suruh ktwg (bdk2 seni lukis) wat assignment ttg lukisan.. sampaikan bencinya pada subjek ko.k. Apa xnya, aku kena siapkan lukisan ni walaupun kadangkala ianya mengganggu utk menyiapkan assignment subjek lain... Huh!!!mmg sangat m'ganggu... TAPI, subjek ni r yg banyak membantu result exam aku setiap sem.. Hooohoooooo.....

Emmm... sem ni aku kena b'kerja keras lagi utk lulus cemerlang dalam result akademik & sukan... Skang ni pon xde subjek ko.k rasenya aku kena pulun habis subjek2 sampai dapat A.. Aminnnn.... Untuk semangat diri, CAYOK2 utk diriku & kawan2 suma yg m'hadapi exam.....

Tuesday, November 10, 2009

JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)



UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya. ..

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

sumber: i luv islam

Wednesday, November 4, 2009

Alhabib Islamic Greeting Card

Jenis-Jenis Pengaduan Awam


ADUAN-ADUAN YANG BOLEH DIKEMUKAKAN OLEH ORANG AWAM






1) KELEWATAN @ TIADA TINDAKAN

- Jab.P'dftrn Negara yg b'janji menyiapkn MyKad dlm 2 bulan dari tarikh p'mohonan ttp x menyiapkannya & x m'berikan jwpn ttg p'mohonan kewarganegaraan.
-Jab.Imigresen x bagi jwpn ttg p'mohonan permit kerja & jg gantian pasport yg hilang.
-LHDN x bayar balik baki kredit cukai p'dapatan dlm 2 bulan w/p dijanjikannya.
-Polis x menyiasat ttg laporan2 yg dilakukan dgnnya spt kes ragut beg tangan, anjing b'keliaran dlm kawasan, kecurian rumah, kemalangan jln raya & penagih2 dadah yg m'duduki rumah kosong.
-KWSP lewat meluluskan p'mohonan2 utk mengeluarkan caruman utk beli rumah, utk p'didikan anak & OKU.
-KWSP & PERKESO x ambil tindakan ttg aduan2 yg dibuat mengenai majikan2 yg x m'carum dgn KWSP w/p pemotongan dilakukan dari gaji pekerja2.

2) TINDAKAN TIDAK ADIL
- Pej.Tanah x bg jwpn ttg kedudukan p'mohonan tanah samada b'jaya @ gagal.
- Bahagian Pencen x bg jwpn ttg p'mohonan pencen.
- Majlis P'bandaran belum meluluskan p'mohonan pelan p'binaan bangunan yg sebelumnya & lewat/x mengeluarkan notis cukai pintu.
- PERKESO x bayar pampasan.
- JPA & PTPTN x bg jwpn ttg p'mohonan biasiswa/pinjaman.

3) KEKURANGAN KEMUDAHAN AWAM
- ketiadaan kemudahan awam yg diperlukan oleh org awam spt Balai Polis, Balai Bomba, Sekolah, Tempat Ibadat, Pasar, Bekalan Air, Tong Sampah, Telefon, Bekalan Air, Perkhidmatan Bas, lampu jalan, lampu isyarat, bonggol, jalan tar & padang p'mainan kanak2.

4) KEPINCANGAN P'LAKSANAAN DASAR & KELEMAHAN UNDANG2
- Jabatan buat keputusan @ b'tindak dgn x saksama ttg p'mohonan yg x ikut p'aturan/ undang2 yg telah ditetapkan spt Pej.Tanah meluluskan p'mohonan tanah oleh seseorg yg baru m'buat p'mohonan & sebaliknya menolak p'mohonan seseorg yang lain yg telah m'usahakn tanahnya selama 15 tahun.

5) SALAH GUNA KUASA / PENYELEWENGAN
- Ketua jabatan & pegawai2 kerajaan yg ada kuasa & menyalahgunakan kuasa mereka (mala fide) dgn meminta wang sogokan @ pelinciran utk meluluskan sesuatu p'mohonan.
- Pegawai2 Majlis Daerah/ Perbandaran/ Dewan Bandaraya yg meluluskan p'mohonan pelan bangunan.
- Jurutera Daerah Kerja Raya yg beri kontrak, tender projek p'binaan jalan & jambatan kpd kontraktor2 yg m'beri beliau imbuhan & komisen. (merasuah)
- Peg.Imigresen yg meluluskan permit kerja & lesen p'bantu rumah & pekerja2 buruh asing.
- Peg.Polis mengurangkan & m'batalkan saman & kompaun trafik pihak2 b'salah yg m'berinya duit kopi, ahli2 keluarga & rakan2.

6) SALAH LAKU ANGGOTA AWAM
7) KEGAGALAN MENGIKUT PROSEDUR YANG DITETAPKAN
8) KUALITI PERKHIDMATAN YG TIDAK MEMUASKAN TERMASUK KAUNTER & TELEFON.
9) KEGAGALAN PENGUATKUASAAN
10) PELBAGAI ADUAN

sumber : Public Complaints Bureau (BPA), Prime Minister's Department Malaysia


Monday, November 2, 2009



Baru2 ni pihak UUM ade hantar 4 team futsal (2 team perempuan & 2 lelaki) ke pertandingan futsal Kosmo di UKM. Banyak pengalaman yg aku dapat di sane. Ade duka n gembira. Team ktwg x menang pun, cuma bertahan sampai ke suku akhir jek tapi x kisah la semua tu. Yg penting sebelum pi UKM, aku dah siapkan semua assignment yg ada, so aku pi ngan senang hati daaa... hehehehe...

Aku b'tolak dari UUM pukul 10.00p.m sampai ke UKM dalam kul 5.30a.m. Pas solat subuh kat masjid UKM, dok r lepak jap sambil dengar manager futsal bagi keteragan jadual p'mainan. Semua team kena pi tapak khemah kosmo dengan beg2 besar (beg pakaian) coz nak check in hotel kat Metro Kajang dlm kul 12.30tgh. T'pakse r tebalkan muka bawak beg semua pas tu semua org kat situ tengok je.. heheheheh...

Team aku b'lawan ngan Team No Name.. Emm..x pasti r dari mane tapi ktwg dapat kalahkan diowg 1-0. Bayangkan r baru sampai kt UKM, pas tu x warm up lagi.. Nasib baik r x masuk pe2 gol dari pihak lawan coz aku ni kan keeper. huhhuhuhu.. Time rehat (solat Jumaat), ktwg pi rehat kat bilik hotel.. Ptgnya ktwg lawan lagi & menang dengan UNIMAS 2-0.

Esoknya ktwg bertahan sampai dah nak dekat habis suku akhir. First team ktwg menang 1-0 ngan UIA & second game kalah plak ngan UKM. Kalah penalti jek. So, waktu tu aku r yg mainkan peranan penting waktu penalti. Aku kagum ngan budak UKM yg sorg tu coz badan kecik tapi sepak kencang btul sampai aku x sempat nak halang.. Pastu boleh plak tendang bola kt dekat2 tiang gol. emmm.. m'buatkan aku confius bola tu masuk @ x.

Xde rezeki utk menang nak wat camne... Time tu main waktu petang. Panas terik plak tu. Habis muka aku terbakar & m'gelupas. Makan masa seminggu utk mengembalikan kecerahan kulit nihh.. hihihihi... Malu gak r nak pi kelas pas tu..suma kawan tanya apsal kulit gelap.. tapi aku jawab "biasa r gentlewomen". hihiiii

Malamnya plak kitwg pi jalan2. Sate kajang Hj Wan samsuri r jadi buruan ktwg.. Esok paginya ktwg balik r ke UUM. Semoge pada tahun2 yg akan datang, team kitwg dapat perform yg terbaik.. HIDUP FUTSAL YEAHHHH....

Thursday, October 29, 2009

Gula Fruktosa dalam minuman ringan bertindak seperti lemak


Menurut sesetengah saintis, fruktosa adalah gula yang mempunyai bahaya tersembunyi. Ia adalah jenis gula yang diperolehi daripada buah, tetapi menggunakannya sebagai pemanis dalam makanan lain adalah menimbulkan kontroversi semasa, dengan teori baru yang mengaitkannya dengan kegemukan dan isu kesihatan lain.

Fruktosa banyak digunakan di Amerika Syarikat (AS), khususnya dalam bentuk sirap jagung yang banyak fruktosa untuk memaniskan minuman ringan.

Ia mula terkenal apabila diperhatikan bahawa peningkatan dalam penggunaan sirap jagung yang banyak fruktosa oleh pengeluar makanan sama dengan peningkatan dalam kegemukan.

Tetapi fruktosa juga terdiri daripada 50% sukrosa jadi masalah itu bukan sahaja membabitkan sirap jagung tetapi juga sukrosa.

Jus buah asli mengandungi banyak fruktosa, dan sungguhpun kita telah mengetahui sebiji buah adalah lebih baik dan gula serta asid dalam jus tidak baik untuk gigi kita, mungkin terdapat lebih banyak alasan untuk tidak meminumnya terlalu banyak.

Kajian telah menunjukkan fruktosa tidak bertindak seperti gula lain dalam tubuh, dan dimetabolismekan dalam cara yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Ia tidak menahan ghrelin, hormon kelaparan. Apabila perut kosong, paras ghrelin berada di paras tertinggi dan menyebabkan rasa lapar.

Selepas anda makan, paras ghrelin menurun, menyebabkan anda rasa kenyang. Tetapi disebabkan fruktosa tidak mempunyai kesan ke atas penahanan ghrelin, ia juga tidak menahan lapar. Jadi, bahayanya ialah anda akan makan lebih kilojoule kerana anda masih berasa lapar. Menurut sesetengah kajian, satu lagi masalah mengenai fruktosa ialah kesannya ke atas hati.

Tidak seperti gula lain, yang dipecahkan oleh organ tubuh lain, fruktosa mengalir terus ke hati seperti lemak – dalam perkataan lain, ia adalah karbohidrat yang bertindak seperti lemak. Hasilnya ialah lemak dikumpulkan pada hati. Ia juga ditunjukkan menyebabkan tekanan darah tinggi, dan peningkatan kolesterol buruk (LDL).

Walaupun fruktosa adalah gula buah, banyak lagi sumber yang boleh diperolehi selain fruktosa. Sebagai contoh, serat yang dikandungi buah untuk mengimbangi sebarang kesan berbahaya.

Jadi jangan berhenti memakan buah.

sumber: Consumer Association Penang (CAP)