Thursday, May 6, 2010

ALAHAII MANUSIA SEKARANG NIIII

MY BIG BROTHER

B'mula dengan x kenal >>> kawan kenal gitu2 je >>>> kawan rapat >>>> teman tapi mesra>>>> b'cinta>>>>>> b'tunang>>>>> b'khawin (stop!!!!!!!) Itu lah hierarki utk menuju ke alam sehidup semati di mana mulanya memikul tanggungjawab satu persatu yg sangat berat.

Skang ni aku nak post pasal wedding abang aku pada tahun lepas...... Dapat kakak ipar pon cantikk je.. huhhuhuuu...... Majlis p'khwinan sebelah perempuan pd tarikh 21.11.2009, aku xdapat pi coz ade program BAKSIS kat Perlis.. Tpnye aku dapat balik gak ke Hometown aku utk pi join same wedding caremony abg t'syg ni pada 6.12.2009.. Walau bagaimana pon, majlis tetap meriah w/p musim hujan..

Semoga b'bahagia hingga ke anak cucu............

KACHI WATER FALL

Sedar x sedar, aku dah nak pon habis blaja kat UUM ni.. wwaaaa....sedihnye t'pakse b'pisah ngan kekawan. masing2 dah pilih tempat praktikum pilihan sendiri. Terasa kejap je 3 tahun ni. Macam baru semalam b'orientasi masuk u ni.. hahahahahaaaa....

sebelum aku melangkah keluar dari UUM ni, nasib baik lah aku b'kesempatan pi ke tempat di mana ramai pelajar2 lain yg x taw tempat ni. tempat tu "KACHI WATER FALL"... Pernah dengar???????? Fuh best pi sane. Tempat tu sangat curam, batu licin dan bahaya kalo pi sorang2. Tempat tu sangat sunyi coz dalam hutan. first aku sampai ngan geng2 futsal, kena pi jalan kaki masuk ke dalam hutan ckit baru jumpe air terjun... huhuhuhuuuuuuu.....

tempat nye kat laluan ke bukit tangga melalui jalan kachi di yang akan melalui ABM (x silap r) Akademik Binaan Malaysia. Kepada sesiapa yg x pi lg, pi lah teroka hutan kachi tu sebelum tamat pengajian... hehehehheeeee

Wednesday, May 5, 2010

SUAMI MITHALI


Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym, tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut.

Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan sepert berikut…

“Hello?”

“Abang, nie sayang nie,”

“emmm… “

“Abang masih ada di kelab lagi ye?”

“Iya.”“sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru… cantik bang, boleh ke sayang beli?”

“Berapa harga nya?”

“Cuma $1500.00 aje”

“O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat”

“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2010. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price… lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu..”

“Berapa harga yang dia bagi?”“Cuma $280,000… “

“O.k tapi pastikan harga tu dah on the road.”

“Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi… “

“Apa?”

“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan… pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk dijual!!

Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang.”

“Berapa harga yang mereka minta?”

“Cuma $740,000… o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu.”“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”

“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”

“Bye… I Love you too… “

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone… .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:

“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?”

Sumber : ceritaduniaku.ning.com

ASAL PERKATAAN ELEKTRIK


Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya… Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup.

Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu.

Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

“Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. ( Bermaksud tipu )Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa “ele..trick” . Jadi digunakanlah perkataan “ELE..TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih.

Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.

CINTA JARAK JAUH - KEKAL KE???

Tak tahu la macamne perasaan sedang asyik bercinta. Belum pernah lagi merasainya. Tp, lihat kawan2 len yg b'cinta mcm best je. Mcm dunia ni dia yg punya. Asyik b'cerite ttg kehebatan pasangan masing2. Dia hensem la, dia bagi bunga la, dia belanja makan la, ishhh...3x. Lihat membe yg b'cinta ni, senyum sampai ke telinga. huhuhuhuuu.............

Emmm...x kurang hebatnye yg frust menonggeng.. Mula lah ckp "kenapa dia buat begitu dan begini kat aku, kenapa dia x jujur, dan lain2 lg. Tau2 mula la menangis sorang2. aduiishhhh......takutnye.. Itulah risiko b'cinta. Pe2 hal kena lah rasa semua.

Skang ni nak b'cerite ttg cinta jarak jauh. Sedang asyik b'cinta tiba2 da kena b'pisah kena bawa haluan masing2 - pi sambung praktikal b'lainan, dapat tempat keje yg jauh, tmpt tinggal rumah yg jauh mcm2 lg. Org banyak m'p'katakan kekal ke tuuu??????? sure just 40% je... keciannyeeee... Tp kalo dah jodoh, x lari ke mana. Huuhhhuuuuuu

Saya ada baca artikel dalam ceritaduniaku.ning.com mengenai bagaimana nak kekalkan cinta jarak jauh. Mmg mudah nak cakap tp sukar nak buat coz melibatkan kejujuran dan keikhlasan. Antara rahsia mengekalkan ialah:

1) Sifat jujur dan ikhlas terhadap pasangan
- Ini mungkin nampak senang. Tapi jujurkah anda sekiranya anda keluar bersama teman-teman berlainan jantina (mungkin kemana-mana sahaja) tapi dalam masa yang sama anda memberitahu pasangan “Saya keluar bermain futsal dengan housemates saya”. Mungkin tujuan anda untuk mengelakkan salah faham antara pasangan, jadi di sinilah pula perlunya sifat ikhlas itu. Tunjukkan anda ikhlas terhadap sesebuah perhubungan itu dengan bersikap jujur terhadap pasangan.

2) Jauhi cemburu buta terhadap pasangan
- Saya akui setiap insan yang lahir dibekalkan dengan perasaan yang pelbagai, dan salah satunya perasaan cemburu. Tidak salah untuk cemburu (saya sangat yakin dengan kenyataan ini!) namun sejauh mana atau sedalam mana cemburu itu, kita perlu nilai kembali. Kalaulah cemburu anda itu bertempat, boleh membuahkan bunga cinta yang makin mendalam, tiada salahnya. Malah saya mengesyorkan ianya diteruskan. Tapi janganlah cemburu sampai membuatkan pasangan anda berasa terkongkong dengan sikap anda itu. (Bersederhana itu kan lebih baik…)

3) Bertanya khabar dan berkongsi cerita
- Amalkan sikap saling bertanya-khabar di antara pasangan. seperti mana kita bertanya-khabar dengan orang tua kita, lakukan perkara yang sama terhadap pasangan. Selain itu jangan lupa berkongsi cerita dengan mereka. Tidak kisah la apa cerita atau berita sekalipun, kadang-kala cerita kita itu mampu membuatkan mereka tersenyum.

4) Selalu ungkapkan perasaan sayang/cinta terhadap pasangan
– Ada orang mengatakan perasaan sayang itu tidak perlu diluahkan, kerana boleh dilihat dari tingkah-laku pasangan. Maka kalau berjauhan pula, bagaimana mahu ditunjukkan? Oleh itu, ucapan I Love You, I Miss You, akan sentiasa menjadi ucapan keramat yang dinantikan oleh pasangan yang tinggal berjauhan. Percayalah, ucapan yang mesra seperti itu (atau apa2 ucapan yang anda suka) membuatkan hubungan antara pasangan lebih\bermakna dan diri akan sentiasa rasa dihargai.

Kata orang, kalau masih sayang, semua terpahat di hati. Kalau sayang itu suda lari, maka hanya air mata menemani diri. Maka jangan sekali-kali membiarkan perasaan sayang dan cinta itu berlalu pergi. Saya mendoakan agar kita semua akan sentiasa berbahagia bersama pasangan masing-masing. Jauh atau dekat bukan penghalang bagi memperoleh kebahagiaan yang hakiki. Semoga perhubungan yang suci itu akan sentiasa diredhai dan dipayungi rahmat Ilahi. Ameenn…

One of the best moment in life is when you find a shoulder to cry and a pair of ears to listen!

p/s: Kepada penulis asal artikel ni, terima kasih banyak.. Kepada kawan-kawan pembaca, sudi-sudilah berkongsi pendapat, pengalaman. Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih..

MAKAN LAH MENGIKUT JENIS DARAH






Untuk rujukan bersama

Adalah diperhatikan bahawa tindakbalas jenis darah terhadap/kepada tekanan (stess) mempengaruhi fungsi hormon thyroid pada peringkat selular. Tahap atau amaun hormon ini sangat kritikal bagi menyenggara tahap lemak badan.

Jenis A dan AB adalah dua kumpulan yang tahan dengan diet vegan; vegetarian.

Struktur protin pengalihlectin, diketahui terdapat dalam makanan, mempunyai tindakbalas spesifik dalam sel-sel, tisu-tisu dan sistem imun bergantung pada jenis darah.

Oleh demikian adalah disyorkan:

Jenis O : mengambil lebih protin dari sumber haiwan; focus dalam menangani dan menguruskan perasaan marah; mengambil bahagian dalam riadah berat; mengawal tabiat melawan.

Jenis A : mengambil makanan dari sumber sayur dan ulam; menumpukan menguruskan tekanan (stress); melibatkan riadah ringan bagi menangani stress; rehat antara tugasan harian bagi mendapat tumpuan kerja/tugas.Jenis B : pelbagaikan diet; tumpukan kepada minda yang kreatif; melibatkan dalam meditasi bagi menangani stress; elakkan tindakbalas emosi berlebihan.

Jenis AB: Makan sedikit tetapi lebih kerap; tumpukan dalam membaikkan kecenderungan spiritual; riadah ringkas tetapi berulang-ulang dalam sehari bagi mendapatkan tenaga; elakkan berperasaan diasingkan.

Walaupun bunyi seolah-olah ‘alchemy’ dan ‘anecdotal’ pemerhatian yang teliti dan masa yang lama telah dilibatkan bagi merumuskan syor di atas. Diet mengikut jenis darah telah diamalkan ramai guru-guru seni mempertahandiri, ‘martial arts, di Jepun China dan eropah, juara-juara tinju, pro bola keranjang, pro bolasepak dan atlit. Kajian lebih lama akan membuahkan rumusan lebih saintifik bagi digunakan secara rasional dalam perubatan. Pada sudut perubatan functional, tiada halangan kembali kepada alam semuladijadikan untuk mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik.

sumber : ceritaduniaku.ning.com